Posts

Showing posts from August, 2017

KUMPULAN KAMI

KAMI MERUPAKAN PELAJAR KELAS 503 YANG MEMBENTANGKAN TENTANG KAUM MELAYU DI MALAYSIA. KAMI MELAKUKAN INI UNTUK MENERANGKAN KEHIDUPAN KAUM MELAYU.KAMI BERHARAP AGAR INI MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA PENYINGGAH BLOG INI.SEKIAN TERIMA KASIH. AHLI KUMPULAN : 1) NATASHA FAZIRA BT MOHD SUHAIMI 2) NUR ATHIRAH BT JOHARI 3) NUR AFINA AMIRA BT RUZAIMI 4) SHAZUANIE BT MOHD AZHARI 5) SITI FAZLIANA BT RAZALI

TARIAN TRADISIONAL

Image
                                                                        KUDA KEPANG  Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung. ZAPIN Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. ULIK MAYANG   Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang d...

TEATER TRADISIONAL

Image
Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Wayang Kulit Siam  merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini. Makyong  ialah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah antara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu. Mek Mulung  ialah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja...

MAKANAN TRADISIONAL

Image
Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti :                                                                              CARA MANIS                                                                                                                                                                                         ...

ALAT MUZIK TRADISIONAL

Image
Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti : KOLINTANG GEDUK SERUNAI ANGKLONG

PAKAIAN TRADISIONAL

Image
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-                                                                     BAJU KURUNG Baju kurung  ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu.  Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. BAJU KEBAYA Baju Kebaya  ia...

KUMPULAN MELAYU

Image
Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:- ANAK JATI Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka aialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:- Orang Melayu Kedah Orang Melayu Beruas Orang Melayu Manjung Orang Melayu Grik Orang Kelang Orang Melayu Melaka Orang Melayu Kelantan Orang Melayu Terengganu Pantai Orang Melayu Ulu Terengganu Orang Melayu Bentong Orang Melayu Lipis Orang Melayu Temerloh Orang Melayu Johor Orang Melayu Brunei Orang Melayu Kedayan Orang Melayu Cocos Orang Melayu Sarawak ANAK DAGANG Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh yang berbeza iaitu:...

SEJARAH

Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada hampir 59.4% jumlah penduduk di  Malaysia , ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa  Melayu " berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil daripada percampuran antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh daripada bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.